Mahir Pertanian Pintar Minggu 4

5 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2026 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar minggu yang keempat. Kelas Mahir Pertanian Pintar ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Untuk kelas minggu yang ketiga ini, peserta diperkenalkan dengan topik pengurusan serangga perosak dan kawalan dimana pengendalian serangga perosak bukan sahaja merangkumi penggunaan bahan kimia, tetapi juga memfokuskan kepada pendekatan mampan dan inovatif yang memanfaatkan teknologi dan pengetahuan saintifik. Selain itu juga, kelas pada minggu ini turut membincangkan pelbagai teknik dan strategi, termasuk kawalan biologi, penggunaan perangkap pintar, serta pemantauan berasaskan teknologi, dengan harapan untuk menghasilkan pertanian yang lebih produktif dan mesra alam.

Diharap ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali